Translate

Mengenai Saya

Foto Saya

Selamat datang ke Nur Sinta Art's. Saya berasal dari Kuching, Sarawak.Saya berkelulusan SPMV dan mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan di Sekolah Teknik Matang 04-05. Disebabkan minat yang mendalam saya terus berlatih tanpa mengenal putus asa dan belajar dimana ada ruang waktu dan tempat atau dengan sesiapa yang berpengalaman dalam bidang seni. Saya mula aktif melukis pada awal tahun 2012 dan mula mengambil tempahan untuk melukis potret, Saya juga pernah menerima tempahan potret dari luar negara dan tempahan untuk diberikan kepada Menteri Ismail Sabri semasa pembukaan restoran 1 Malaysia di civil centre Sarawak. Saya juga mula aktif mengikuti Cikgu Ashari pada April 2012 di Kampung Budaya yang juga merupakan salah seorang pelukis yang saya kagumi kerana hasil karya beliau banyak mendapat sambutan dari luar negara mahupun tempatan. Pada awal 2014 pula saya mula berjinak-jinak dengan live di waterfront kuching bersama pelukis tempatan iaitu Usof. Jika ingin mengenali saya dengan lebih dengan boleh la follow saya di Page https://www.facebook.com/sarawakpotret. Sebarang persoalan bolehlah whatapps ke no 0198188100. Semoga anda berpuas hati dengan hasil karya saya.

Pengikut

Like us on fb

Let's Chat